top of page

Pesta Kaamatan Kampung Mandap Meriah, Semarakkan Perpaduan dan Keharmonian

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


27 Mei 2026


KOTA BELUD: Pesta Kaamatan Kampung Mandap berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni apabila penduduk kampung serta pengunjung dari kawasan sekitar membanjiri lokasi sambutan bagi meraiki pesta menuai tahun ini yang bertemakan "Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian" atau dalam bahasa Kadazandusun, "Mengomot Pisompuruan Mamaramai Piunungan".


Program bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan pelbagai pengisian menarik yang mencerminkan keunikan budaya masyarakat setempat.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada penganjur, Hemitta Dimi, yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan tersebut. Ketua Kampung Mandap, Pong Lakanting, turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan memelihara adat dan budaya Kaamatan sebagai warisan kepada generasi akan datang, selain mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh wakil Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, iaitu Pemaju Mukim Sendellina @ Fenny Laudi. Turut mengiringi beliau ialah Pemaju Masyarakat, Elycia Sikul, serta Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Marcus Logiau. Dalam ucapan perasmian, wakil Ewon menyeru masyarakat agar terus memelihara semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjuk kekuatan komuniti di daerah itu.


Sepanjang program berlangsung, pelbagai pertandingan terbuka berjaya menarik penyertaan ramai, termasuk pertandingan busana tradisional, masakan, cabutan bertuah serta pertandingan Unduk Ngadau.


Turut mencuri tumpuan ialah persembahan Sugandoi Dazanak, Sugandoi Songkotoun dan Sugandoi Terbuka yang menyerlahkan bakat seni suara peserta serta memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaamatan Kampung Mandap tahun ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page