top of page

Pesta Kaamatan Kampung Puhus Meriah Dengan Semangat Perpaduan

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


28 Mei 2026


KOTA BELUD: Pesta Kaamatan peringkat Kampung Puhus berlangsung meriah dan harmoni apabila Pemaju Mukim, William Ginting dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, hadir bersama beberapa kakitangan Pusat Khidmat bagi memenuhi jemputan penduduk.


Dalam ucapannya, William menyampaikan salam daripada Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian.


Beliau berkata sambutan Kaamatan bukan sahaja tanda kesyukuran atas hasil tuaian, malah berperanan sebagai medium untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat selaras dengan tema “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” dan slogan Kaamatan “Mongomot Pisompuruan Mamaramai Piunungan”.

Penganjur, Holen Sayaman, berkata Pesta Kaamatan di Kampung Puhus menjadi platform mempererat silaturahim penduduk melalui pelbagai aktiviti kebudayaan dan sukan rakyat. Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan tradisional, persembahan silat, pertandingan sugandoi serta persembahan Zandi Tavanus yang mendapat sambutan hangat pengunjung.


Antara aktiviti lain ialah penilaian masakan tradisi, cabutan tiket bertuah, pertandingan mangagong, pertandingan tumutu moniri, serta pelbagai acara sukan rakyat yang melibatkan penyertaan penduduk dari semua peringkat umur.


Sambutan berakhir dalam suasana muhibah dan kegembiraan di kalangan masyarakat Kampung Puhus.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page