Pesta Kaamatan Kampung Tobur Berlangsung Meriah, Rakyat Diseru Perkukuh Perpaduan
- nabalunews
- Jun 15
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 15 Jun – Sambutan Pesta Kaamatan Kampung Tobur 2026 di Kelawat, Kota Belud telah berlangsung dengan meriah di Dewan Terbuka Kampung Tobur, semalam. Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III, Carlye Lajimin, mewakili pihak kerajaan negeri.
Dalam ucapannya, Carlye mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung atas kesatuan dan kebersamaan dalam menganjurkan sambutan tersebut. Beliau menyeru agar komuniti terus bersatu hati dan mengajak golongan belia mempertahankan adat serta budaya daripada pupus.

Mengenai permohonan pembangunan infrastruktur yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merangkap Pengerusi Penganjur Kaamatan, Jolyvita Linye Juni, Carlye memaklumkan bahawa maklumat tersebut akan disalurkan kepada pihak ADUN Kadamaian untuk tindakan susulan. Sebelum itu, Jolyvita telah menyelitkan beberapa permohonan berkaitan infrastruktur dalam ucapan alu-aluannya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Winnie Anggun, Ketua Kampung, Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), serta pemimpin-pemimpin komuniti.
Antara acara yang menarik perhatian termasuk Pertandingan Pakaian Lengkap Baju Tradisi Kreatif, Pertandingan Peragaan Pakaian Tradisi dan Moden kategori Kanak-Kanak Perempuan, Pertandingan Nyanyian Terbuka, Pertandingan Nyanyian Songkotoun (Veteran), cabutan bertuah, Pertandingan Pondok Tercantik, sukaneka serta Persembahan Kebudayaan.















I've always believed that a well-made leather jacket is one of the few wardrobe pieces that never goes out of style. Whether you're dressing for a casual outing or something a bit more refined, the right jacket adds confidence and personality. I recently came across Leather Jackets for Men and was impressed by the variety of styles available for different tastes and occasions.