Pesta Kaamatan platform terbaik promosi produk usahawan tempatan: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pesta Kaamatan platform terbaik promosi produk usahawan tempatan: Ewon


21 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Pesta Kaaamatan adalah platform terbaik mempromosi produk-produk tempatan selain memupuk perpaduan kaum.


Sehubungan itu beliau menyeru usahawan dan peniaga kecil-kecilan merebut peluang itu untuk menjana pendapatan tambahan.


“Antara produk tempatan yang dijual semasa sambutan pesta kaamatan ialah kraftangan, pakaian tradisional, makanan dan minuman tradisional.


“Saya juga berharap agar peniaga kecil-kecilan yang mengusahakan produk-produk tempatan seperti makanan tradisional supaya mempertingkatkan kualiti dari segi pembungkusan bagi melariskan lagi produk berkenaan.

“Kementerian saya melalui agensi-agensi menawarkan pelbagai skim pembiayaan yang boleh dipohon oleh usahawan untuk membantu mereka meningkatkan kualiti pembungkusan produk,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, hari ini.


Mengenai pembangunan di kawasan Penampang, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau akan berusaha “membubut” peruntukan pembangunan yang diperlukan penduduk kawasan itu.

“Saya ingin melihat Penampang menjadi sebuah daerah yang pesat membangun dengan adanya Pelan Pembangunan Penampang yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS),” katanya.


Pelbagai acara menarik diadakan sempena sambutan itu antaranya pertandingan masakah tradisi, pertandingan mangagung, pertandingan sumazau dan pertandingan sulap tercantik melibatkan tujuh mukim kawasan Penampang.


Selain itu turut diadakan Sukan Tradisi seperti Momolostik (Melastik), Monopuk (Menyumpit), Monungkava Kalabau (Menangkap Kerbau), Mipulos (Gusti Tangan) dan Migazat Dukug (Tarik Tali).


Acara kemuncak ialah pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan. Pemenang akan mewakili daerah itu ke pertandingan akhir peringat negeri di KDCA Penampang, pada 30 dan 31 Mei ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page