top of page

Pesta Kaamatan Taginambur Jaya Gabungan Tiga Kampung Berlangsung Meriah

  • nabalunews
  • Jun 14
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 14 Jun – Pesta Kaamatan Taginambur Jaya yang menggabungkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tamalang, Kampung Singgahmata dan Kampung Bukit Bendera berlangsung semalam di Dewan Komuniti Kampung Singgahmata.


Program yang dianjurkan bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan KDCA itu bertujuan mengukuhkan perpaduan komuniti selain menyambut hasil tuaian padi.



Majlis dirasmikan oleh Carlye yang mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, yang tidak dapat hadir kerana urusan lain.


Dalam ucapannya, Carlye memaklumkan bahawa isu pembangunan infrastruktur yang dibangkitkan akan disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, untuk tindakan lanjut.



Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taginambur Jaya merangkap Pengerusi Penganjur, David Samudin, telah mengemukakan beberapa rancangan pembangunan untuk Kampung Taginambur Jaya kepada ADUN Kadamaian.


Carlye turut menyeru pihak kepimpinan kampung supaya menyediakan profil kampung dari segi pelan pembangunan setiap kampung bagi memudahkan perancangan dan pelaksanaan projek.



Carlye menegaskan bahawa sambutan Kaamatan bukan sekadar keramaian menyambut hasil tuaian padi, tetapi juga masa untuk bersatu padu dan menuai segala hasil kerja yang dilakukan.


Beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana kehadiran yang ramai menunjukkan bahawa semangat kebersamaan komuniti tiga buah kampung masih kukuh.


Carlye turut menyampaikan salam maaf daripada Datuk Ewon Benedick yang juga ADUN Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang, serta mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran pesta tersebut.


Pengisian majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan Unduk Ngadau kanak-kanak, pertandingan pakaian berhias ibu-ibu, sukaneka seperti lari dalam karung dan tarik tali, pertandingan makanan tradisional, serta cabutan tiket bertuah.

 
 
 

1 Comment


beckycthomas
Jun 15

The joyful Kaamatan celebration showed strong unity among the three villages and highlighted the value of community cooperation. Seeing cultural activities, traditional food, and family participation is inspiring. After busy days, I also enjoy playing basketball stars, a fun game that helps me relax, reduce stress, and enjoy my free time.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page