top of page

Pesuruhjaya Polis Sabah terima kunjungan hormat Pengarah Hospital UMS

  • nabalunews
  • Mar 5
  • 1 min read

5 Mac 2025


KOTA KINABALU: Kerjasama diantara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus diperkukuh melalui kunjungan hormat Pengarah Hospital UMS, Profesor Madya Dr Malehah binti Datuk Mohd Noh, ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, hari ini.


Kunjungan yang berlangsung di Holding Room, Pejabat Polis Sabah, itu membincangkan pelbagai isu semasa serta bertukar pandangan mengenai usaha mempererat hubungan antara kedua-dua pihak.


“Pertemuan ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan isu-isu penting, malah dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih erat antara PDRM Sabah dan Hospital UMS,” menurut kenyataan pihak polis.


Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Nik Md Zain Nik Omar, bersama delegasi rombongan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page