PETANI TERJEJAS PANDEMIK DAPAT PERHATIAN PEMIMPIN UPKO KIULUPETANI TERJEJAS PANDEMIK DAPAT PERHATIAN PEMIMPIN UPKO KIULU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PETANI TERJEJAS PANDEMIK DAPAT PERHATIAN PEMIMPIN UPKO KIULU


Cristalin (Tahun 6) dan adiknya Estah (Tahun 3) menerima telefon bimbit yang disampaikan oleh Madius.

8 Feb 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KIULU: Kesusahan hidup seorang petani dari Kampung Tomis Lama, di sini yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau dan ahli-ahli Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kiulu.


Yapat Dusin, 51, mempunyai enam orang anak yang masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah serta seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU), sebelum ini bergantung kepada hasil pertanian tetapi akibat pandemik Covid-19, dia tidak dapat menjual di tamu.

"Sejak arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu sehingga sekarang, saya tidak dapat menjual hasil pertanian," katanya kepada Nabalu News, di sini.


Yapat merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Madius, ahli-ahli UPKO dan semua individu yang bermurah hati menghulurkan sumbangan.

Madius (tengah) ketika melawat rumah Yapat.

"Semoga Tuhan membalas jasa baik semua pihak yang begitu bermurah hati memberikan sumbangan kepada kami," katanya yang tinggal di rumah PPRT.


Yapat berkata, dia hanya menerima sumbangan bakul makanan semasa PKP pertama.


"PKP 2.0 sekarang ini, saya belum menerima apa-apa sumbangan dari mana-mana pihak, kecuali sumbangan yang diberikan oleh Datuk Madius dan Ahli-Ahli Upko Kiulu," katanya.


Anak-anaknya juga mengalami masalah pembelajaran secara dalam talian kerana mereka hanya mempunayi sebuah telefon bimbit.

Dua orang anaknnya (Tingkatan 5 dan 3) bersekolah di SMK Tamparuli dan dua lagi bersekolah di SK Tomis.


Sementara itu Penyelaras Program Kebajikan Sikinor Gunu dan Nikson Dauni berkata, pemilihan penerima sumbangan berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak sekolah dan maklumat penduduk kampung.


"Kami berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga Yapat," katanya.


Antara sumbangan yang diberikan ialah keperluan barangan dapur, pakaian, dua buah telepon bimbit dan sebuah wifi untuk keperluan anak-anak belajar di rumah.


Sumbangan itu disampaikan oleh Madius dan disertai ahli-ahli UPKO Kiulu, di rumah Yapat, pada Ahad lalu (kelmarin).


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page