top of page

PETRONAS komited sokong kraf kewartawanan Sabah

  • nabalunews
  • Feb 14
  • 2 min read

Siti Azlina (tengah), Nooruddin dan Siti Ayu serta pegawai kanan PETRONAS Sabah bergambar kenangan bersama warga Media Sabah
Siti Azlina (tengah), Nooruddin dan Siti Ayu serta pegawai kanan PETRONAS Sabah bergambar kenangan bersama warga Media Sabah

13 Februari 2025


KOTA KINABALU: PETRONAS komited menyokong kraf kewartawanan, melalui sumbangan syarikat itu kepada Anugerah Kewartawanan Kinabalu di Sabah.


Ia termasuk Institut Akhbar Malaysia dalam penganjuran Anugerah Kewartawanan Malaysia PETRONAS di peringkat kebangsaan dan Anugerah Kewartawanan Kenyalang di Sarawak.


Demikian tegas Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi (GSRC) PETRONAS, Siti Azlina Abdul Latif.

Katanya, anugerah ini adalah bukti kuasa kewartawanan dalam membentuk masyarakat yang lebih berpengetahuan.


“Kami berbesar hati untuk berdiri bersama rakan media dalam mengiktiraf bakat dalam industri ini.


“PETRONAS juga amat menghargai dedikasi rakan media, yang bekerja tanpa jemu untuk melaporkan berita dan menyediakan konteks yang betul di sebalik setiap tajuk berita,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis jamuan tengahari sempena Tahun Baru Cina PETRONAS bersama Media Sabah, di Sutera Harbour Resort, di sini, hari ini.


Turut hadir Naib Presiden, GSRC PETRONAS, Nooruddin Abdullah dan Pengurus Besar PETRONAS Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan, Siti Ayu Hanizah Abd Wahab.


Siti Azlina berkata, majlis yang diadakan juga adalah penghargaan atas sokongan berterusan media kepada PETRONAS selama ini.


Katanya, komitmen media dalam menyampaikan berita, maklumat dan cerita kepada orang ramai memainkan peranan penting.


“Ia turut membantu PETRONAS mencapai pihak berkepentingan, rakan kongsi perniagaan dan komuniti yang lebih luas dengan mesej syarikat itu.


"Tanpa anda semua (Media), kisah PETRONAS mungkin tidak dapat disampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia luar dengan jelas dan tepat.


“Di PETRONAS, kami menghargai lebih daripada kerjasama profesional. Kami menghargai hubungan yang lebih mendalam, saling memahami, menghormati dan mempercayai," katanya.


Menurutnya, ia sesungguhnya membina kepercayaan dan persefahaman bersama adalah kunci kepada pelaporan yang tepat dan mencerminkan realiti berita.


“Kami berharap untuk meneruskan kerjasama yang mampu menyerlahkan daya tahan, inovasi dan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada visi bersama tentang masa depan yang lebih mampan.


“Dalam mengiktiraf kecemerlangan kewartawanan, kami meraikan cerita yang mendidik, memberi inspirasi dan menghubungkan kami dengan cara yang bermakna," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page