Petrus, Fauziah dan Emmanuel ketua baharu Pemuda, Wanita, GEM UPKO Beluran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Petrus, Fauziah dan Emmanuel ketua baharu Pemuda, Wanita, GEM UPKO Beluran



16 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


BELURAN: Petrus Matthew, Fauziah Kudus dan Emmanuel Atin menang tanpa tanding jawatan Ketua Pemuda, Wanita dan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Beluran bagi sesi 2022-2025.


Penyandang Ketua Pemuda UPKO Beluran Tommy Amir yang memegang jawatan itu lebih dari empat penggal memberi laluan kepada timbalannya Petrus untuk menerajui Pemuda Beluran.


Timbalan Ketua Pemuda UPKO Beluran yang baharu dilantik pula ialah Petrus Jalil dan Naib Ketua ialah Wasli Awai dan Adrian Alexious Angkangon.


Manakala Fauziah yang sebelum ini memangku Ketua Wanita Beluran bagi sesi 2018-2021 menang tanpa tanding untuk menerajui pergerakan wanita itu.


Turut kekal jawatan ialah Noraisah Gandawali (Timbalan Ketua) dan Emily Minsih pula dilantik sebagai Naib Wanita 1 menggantikan naib ketua yang lama.


Bagi Pergerakan GEM UPKO Beluran, Emmanuel berjaya mengekalkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu.


Ketiga-tiga ketua sayap UPKO Beluran yang baru dilantik itu bertekad untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin bagi membantu memantapkan parti.


Petrus berkata, Pemuda akan melaksanakan lebih banyak program keusahawanan melalui pertanian untuk meningkatkan ekonomi belia di kawasan Beluran selain program kebajikan dan Sukan.


Bagi Wanita pula, Fauziah berkata, program memperkasa kepimpinan wanita adalah teras tindakan yang harus diwujudkan iaitu membimbing dan melatih ahli-ahli dalam mengasa kemahiran pengurusan komuniti diperingkat cawangan dan semua pusat daerah mengundi (PDM).


“Syukur Pergerakan Wanita UPKO Beluran amat proaktif melaksanakan program-program berbanding pergerakn wanita dipihak kerajaan yang akan menjadi timbangtara bahawa UPKO antara parti KDM yang telus bekerja,” katanya.


Sementara itu Emmanuel berkata, bagi memantapkan lagi parti, GEM UPKO Beluran akan melaksanakan pelbagai program yang dirancang termasuk keusahawaan, pembangunan ekonomi, kesukarelawan, kebajikan dan sukan.


“GEM UPKO Beluran akan meneruskan jelajah generasi muda ke peringkat akar umbi,” katanya.


Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Generasi Muda UPKO Beluran yang diadakan di Dewan Institut Perhutanan Telupid, baru-baru ini, dirasmikan oleh Ketua Bahagian UPKO Beluran Felix Joseph Saang.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page