PEWASA aktif, proaktif membina masyarakat sejahtera - James Ratib
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PEWASA aktif, proaktif membina masyarakat sejahtera - James Ratib


26 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, menyatakan bahawa Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) memainkan peranan penting dalam membina masyarakat sejahtera di Sabah.


James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut berkata, wanita di Sabah mempunyai potensi besar dalam setiap bidang dan industri.


“Walau bagaimanapun, beberapa cabaran dan isu yang perlu ditangani dan diatasi bagi memastikan wanita di Sabah dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan negara,” katanya semasa Sambutan Ulang Tahun ke-45 PEWASA dan Sambutan Hari Wanita 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, kelmarin.


Beliau juga berharap semangat juang PEWASA untuk memajukan kehidupan wanita di Sabah akan berterusan dan dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan akan datang.


Oleh itu, sebagai sebuah organisasi yang diterajui wanita, PEWASA mempunyai tanggungjawab besar untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan kesaksamaan gender, pendidikan, kesejahteraan sosial, kesihatan, dan kepentingan ekonomi wanita di Sabah.


“Tahniah dan syabas kepada PEWASA di atas pelbagai pencapaian sejak ditubuhkan pada 1978. Sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, segala usaha dan inisiatif yang dijalankan PEWASA dalam agenda pemerkasaan wanita di Sabah setakat ini amat dihargai,” katanya.


James mengharapkan PEWASA akan terus melaksanakan program dan inisiatif yang relevan dan berkesan untuk meningkatkan taraf hidup wanita di Sabah dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page