top of page

PGA Rampas 288 Karton Rokok Seludup

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

26 Januari 2026


KUNAK: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 288 karton rokok tidak bercukai dalam serbuan di Kampung Pangkalan Nelayan, di sini, semalam.


Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, pasukan operasi turut berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang membawa masuk rokok berkenaan dari negara jiran.


Dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasmi Batalion 22 PGA Kunak, hari ini, berkata operasi itu dilaksanakan hasil maklumat risikan serta pemantauan berterusan yang dijalankan pasukan keselamatan di kawasan terbabit.


"Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan menemukan sebanyak 288 karton rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai, disembunyikan di ruang dalam bilik pakaian.


"Seorang suspek lelaki warganegara Malaysia ditahan di lokasi bersama barang rampasan, dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM105,360," katanya.


Katanya lagi, semua tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan Akta Kastam 1967.


Operasi berkenaan, jelas kenyataan itu lagi, membuktikan keberkesanan risikan serta komitmen berterusan pasukan keselamatan dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di kawasan tanggungjawab.


Selain itu, rondaan dan risikan akan terus dipertingkatkan sepanjang pelaksanaan Operasi Rondaan Jarak Jauh bagi memastikan keselamatan serta mengekang sebarang aktiviti penyeludupan di kawasan berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page