Piala Sudirman: Malaysia bertemu Indonesia pada aksi suku akhirPiala Sudirman: Malaysia bertemu Indonesia pada aksi suku akhir
top of page
  • nabalunews

Piala Sudirman: Malaysia bertemu Indonesia pada aksi suku akhir


Aaron Chia-Soh Wooi Yik

1 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


VANTAA: Malaysia akan bertemu Indonesia pada aksi suku akhir Piala Sudirman 2021 selepas menamatkan perlawanan Kumpulan D, di tempat kedua.


Kekalahan skuad badminton negara di tangan Jepun 1-4 pada perlawanan akhir aksi kumpulan D pagi tadi mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai naib juara kumpulan.


Pada aksi semalam, hanya beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya mengutip mata selepas menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 22-20, 14-21, 21-16.


Rentak kemenangan tersebut gagal dipertahankan apabila wakil negara untuk perlawanan selebihnya masing-masing kecundang di tangan lawan.


Perseorangan wanita negara S. Kisona selaku juara Sukan SEA 2019 berhadapan tugas sukar menentang Akane Yamaguchi yang berada pada ranking kelima dunia apabila tewas straight set dengan 21-14, 21-14.


Harapan negara untuk bangkit semula pada aksi perseorangan lelaki gagal apabila Lee Zii Jia juga tumpas di tangan jaguh nombor satu dunia, Kento Momota 18-21, 10-21.


Jepun kemudiannya meraih mata ketiga menerusi aksi beregu wanita selepas Nami Matsuyama-Chiharu Shida menang 21-16, 21-17 ke atas pasangan bergu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah.


Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See turut gagal untuk menyumbang mata apabila tewas 16-21, 9-21 kepada Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam beregu campuran.


Dua lagi perlawanan suku akhir menyaksikan juara bertahan, China akan berdepan Denmark manakala Korea Selatan bertemu Thailand.


Pada aksi bertemu Jepun, hanya beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengutip mata selepas menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 22-20, 14-21, 21-16.


Perlawanan suku akhir Malaysia menentang Indonesia akan berlansung pada hari ini pada pukul 9 malam waktu tempatan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page