PIBG Hargai Usaha Kerajaan Baik Pulih Fasiliti Sekolah Yang Mendesak Di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PIBG Hargai Usaha Kerajaan Baik Pulih Fasiliti Sekolah Yang Mendesak Di Sabah


13 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU : Keprihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan negeri berhubung isu keperluan sekolah di Sabah khususnya dalam aspek pemenambah baikan fasiliti sekolah yang mendesak, amat dihargai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Sehubungan itu, Focal person Kebangsaan Kementerian Pendidikan di Sabah, Mohammad Arif Tun Sakaran berharap peruntukan untuk tujuan sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia dapat membantu mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk merangsang minat dan semangat pelajar untuk terus menimba ilmu dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang.


Katanya peruntukan RM70,000 daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja baik pulih tandas di setiap sekolah serta peruntukan RM2,000 daripada kerajaan negeri untuk program yang dijalankan PIBG, dapat membantu pihak sekolah untuk menambah baik kemudahan sedia ada demi keselesaan warga sekolah selain dapat digunakan untuk aktiviti pelajar serta guru.


"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menyalurkan dana kepada setiap sekolah berjumlah RM70,000 terutamanya untuk pembaikan pulih tandas. Hari ini sebahagian daripada peruntukan itu kita akan (gunakan untuk) membuat penambah baik pada tandas tandas tersebut," katanya.


Mohammad Arif yang juga Yang Dipertua (YDP) PIBG

Maktab Sabah ditemui selepas Program Gotong-Royong Perdana Madani Maktab Sabah Kota Kinabalu Tahun 2023 di sini, semalam.


Sebelum ini Perdana Menteri,

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memerlukan peruntukan kira-kira RM1 bilion untuk memperbaiki tandas sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.


Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan laporan KPM hasil tinjauan di beberapa buah sekolah dalam beberapa bulan lalu.


Anwar turut mengingatkan pelajar sekolah untuk tidak mengambil mudah isu kebersihan serta keselesaan tandas.


Oleh yang demikian beliau menyarankan agar anak-anak dididik untuk membersihkan kemudahan itu sebagaimana dilakukan ketika beliau memegang portfolio Menteri Pendidikan pada 1990an di mana beliau telah mengarahkan semua sekolah untuk membuat giliran membersihkan tandas.


Program Gotong-Royong Perdana Madani Maktab Sabah yang dianjurkan semalam bertujuan membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah serta kawasan sekitarnya selain untuk mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).


Program ini juga bagi memupuk silatulrahim dan

perpaduan dalam kalangan ibubapa dan komuniti setempat seterusnya menjadikan Maktab Sabah sebagai sekolah perdana yang unggul.


Ini sejajar dengan matlamat penubuhan PIBG untuk membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program sebagai permuafakatan antara ibu bapa dan guru.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page