PIBG SK Melangkap terima sumbangan daripada APAM

5 Disember 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Persatuan Pencegahan Penyalahgunaan Alkohol (APAM) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Melangkap dan Pusat Khidmat Adun Kadamaian mengadakan program tanggungjawab sosial (CSR) di SK Melangkap.
Semasa program itu baru-baru ini, APAM turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 yang disalurkan terus ke akaun PIBG sekolah itu.
Yang Dipertua PIBG SK Melangkap Anichlose Kesimin merakamkan ucapan penghargaan kepada APAM atas sumbangan itu.
“Sumbangan ini amat bermakna untuk mengisi Tabung PIBG sekolah bagi membantu pihak sekolah seterusnya membantu murid kurang berkemampuan sebagai persediaan persekolahan sesi 2022.
“Saya berharap kerjasama antara PIBG SK. Melangkap dan pihak APAM akan berterusan dalam program-program kemasyarakatan lain akan datang,” katanya.
Turut hadir pada program itu Prof. Dr. Felix Tongkul, Guru Besar SK Melangkap Yusri Saimin dan Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian serta semua staff Pusat Khidmat yang diketuai oleh Dr.Rizoh Bosorong.
Simbolik penyerahan cek itu disempurnakan oleh Presiden APAM yang juga Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Helen Benedict Lasimbang.
Comments