PIBG SMK Bandaraya salur RM21,000, ibu bapa restu naikkan caruman
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
25 April 2026
KOTA KINABALU: Seramai 630 orang ibu bapa dan guru menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandaraya Kota Kinabalu bagi sesi 2025/2026 yang berlangsung di Dewan Perdana sekolah hari ini.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang sekolah, Rohani Ramlee itu menyaksikan PIBG menyerahkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM21,000 kepada pihak pentadbiran sekolah untuk tiga program utama.
Daripada jumlah itu, RM11,000 disalurkan bagi melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, manakala RM5,000 lagi kepada Unit Kokurikulum untuk program sukan dan persatuan.

Sebanyak RM5,000 turut diserahkan kepada Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bagi aktiviti kebajikan dan pembangunan murid.
Yang Dipertua PIBG, Suzie Salapan, dalam ucapannya bersyukur mesyuarat berjalan lancar. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang bersetuju untuk meningkatkan kadar sumbangan pada tahun hadapan.
"Syukur puji Tuhan, mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Sesungguhnya sumbangan tersebut akan membantu pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyokong kemenjadian pelajar serta memastikan kebajikan dan pembangunan anak-anak kita sentiasa diberi perhatian," katanya.
Beliau berharap semangat kebersamaan dan sokongan yang ditunjukkan pada hari ini akan terus berkekalan demi kecemerlangan sekolah dan masa depan anak-anak















Comments