PKP DI KENINGAU MULAI ESOK HINGGA 4 APRIL: MASIDIPKP DI KENINGAU MULAI ESOK HINGGA 4 APRIL: MASIDI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKP DI KENINGAU MULAI ESOK HINGGA 4 APRIL: MASIDI


Gambar Hiasan

21 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Keningau mulai esok (22 Mac) hingga 4 April ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKP itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar serta mengesan beberapa lagi kontak rapat dan mengawal pergerakan penduduk di daerah itu.



"KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif harian secara mendadak di daerah

ini dengan 42 kes telah direkodkan hasil saringan secara bersasar di Kg. Lingkudau yang juga telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKP di daerah Keningau, bermula 22 Mac hingga 4 April selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Tanah Merah Kota Marudu pada 22 Mac seperti yang dijadualkan.


Beliau berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, esok (22 Mac).



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page