PKP LAHAD DATU DAN PKPD DI KG.MUHIBBAH TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 8 MEI INIPKP LAHAD DATU DAN PKPD DI KG.MUHIBBAH TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 8 MEI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKP LAHAD DATU DAN PKPD DI KG.MUHIBBAH TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 8 MEI INI


Gambar hiasan

23 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lahad Datu dan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau yang dijadualkan tamat pada 24 April (esok) dilanjutkan sehingga 8 Mei ini kerana masih terdapat peningkatan kes aktif Covid-19 di kawasan itu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat peningkatan kes aktif yang signifikan di Lahad Datu di mana pada Minggu Epid (ME) ke 15, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 128 kes, yang merupakan peningkatan sebanyak 175.3% berbanding Minggu Epid ke 14.



"Manakala di Kampung Muhibbah Raya, Tawau pula KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD dan terdapat sebanyak 310 sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.


“Sehubungan itu, KKM telah melaksanakan 622 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 70 kes positif Covid-19 di lokaliti tersebut telah direkodkan.


"KKM turut melaporkan terdapat taburan kes sporadik di Lahad Datau meliputi beberapa mukim seperti mukim Bandar, Segama, Silabukan dan kawasan Felda Sahabat,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan PKP di Lahad Datu dan PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau bermula 25 April sehingga 8 Mei ini.



bottom of page