PKP "TOTAL LOCKDOWN" DI SABAH SELAMA DUA MINGGU MULAI 1 JUN: HAJIJI
- Wartawan Nabalu News
- May 28, 2021
- 1 min read

28 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 'total lockdown' di Sabah selama dua minggu bermula 1 Jun ini. Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor berkata, langkah itu diperlukan untuk membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini. "Sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan akan diumumkan dalam SOP yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan media malam ini. Hajiji berkata, Kerajaan negeri turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melaksanakan total lockdown selama dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini. Katanya, ini juga selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang Jumaat.















Comments