PKPB: ADUN, AHLI PARLIMEN DIBENAR RENTAS DAERAH DAN NEGERI LAWAT KAWASANPKPB: ADUN, AHLI PARLIMEN DIBENAR RENTAS DAERAH DAN NEGERI LAWAT KAWASAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPB: ADUN, AHLI PARLIMEN DIBENAR RENTAS DAERAH DAN NEGERI LAWAT KAWASAN



Gambar Hiasan

23 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dibenarkan merentas daerah dan negeri masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tujuan rasmi atau melawat kawasan.


Mengenai had penumpang dalam kenderaan persendirian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiada had dalam kenderaan persendirian bagi orang dalam rumah yang sama.



"Bagaimanapun individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar kawasan awam, terbuka dan sesak," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi pelajar yang berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi, mereka dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.


"Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga dibenarkan mengikut SOP IPT dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.



"Pergerakan pensyarah, guru atau tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas yang terlibat dalam peperiksaan dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT," katanya.

Beliau berkata, pergerakan bagi kemasukan pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM dan KPT juga dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.


"Pelajar yang berkeperluan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada IPT berkenaan bagi merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page