PKPB: KERAJAAN NEGERI BERI KELONGGARAN SOP BEBERAPA AKTIVITI SEHINGGA 31 DISPKPB: KERAJAAN NEGERI BERI KELONGGARAN SOP BEBERAPA AKTIVITI SEHINGGA 31 DIS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPB: KERAJAAN NEGERI BERI KELONGGARAN SOP BEBERAPA AKTIVITI SEHINGGA 31 DIS



21 Dis 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sedia ada melibatkan beberapa aktiviti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari bermula hari ini sehingga 31 Dis ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, antara aktiviti yang diberikan kelonggaran ialah pelancongan dan kebudayaan, Mesyuarat Secara Bersemuka, MICE (Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions), Seminar / Bengkel / Persidangan / Pameran; dan Penganjuran Majlis Keramaian.


“Kawasan yang terlibat ialah seluruh Sabah kecuali di lokaliti yang masih dikuatkuasakan PKPD,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Bagaimanapun Masidi berkata, aktiviti di kelab malam atau pub, panggung wayang, konsert atau acara langsung dengan kehadiran penonton masih tidak dibenarkan.


Beliau berkata, individu dari Sabah ke Semenanjung atau ke Sarawak perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah.


“Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya.


Katanya lagi, pergerakan keluar/ masuk merentas negeri dan daerah juga dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran pihak PDRM kecuali bagi penduduk yang tinggal dalam lokaliti yang sedang menjalani PKPD.


“Tiada had dalam kenderaan persendirian bagi orang yang keluar dari rumah yang sama tetapi hendaklah mengikuti kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sdesak.


“Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan juga dibenarkan beropearsi dengan pematuhan SOP sedia ada,” katanya.


Masidi berkata, pergerakan kenderaan jabatan kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi hendaklah dengan pematuhan penjarakan fizikal dalam kenderaan tersebut dan pemakaian pelitup muka.


“Bagi pengangkutan awam pula, seperti bas ekspress, bas persiaran, bas henti-henti, keretapi, perkhidmatan feri awam dan bot penumpang yang melibatkan rentas negeri dan daerah adalah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus serta pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.


“Perkhimatan teksi dan e-hailing juga dibenarkan beroperasi dengan maksimum dua orang penumpang dengan pematuhan penjarakan fizikal dalam kenderaan serta pemakaian pelitup muka,” katanya.


Beliau berkata, aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.


Begitu juga dengan Pasar Raya, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai serbaneka dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 malam dengan pematuhan SOP sektor makanan, katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page