PKPB SELURUH SABAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JAN 2021

28 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah akan dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini berikutan kes harian Covid-19 di negeri ini masih tinggi.
Beliau berkata, sehingga 27 Disember, sebanyak 36,074 kes positif Covid-19 telah direkodkan di seluruh Sabah.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini masih lagi tinggi dan menunjukkan peningkatan kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju agar PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021.
Comments