PKPD 13 LOKALITI DI SABAH MULAI 20 JULAI HINGGA 2 OGOS
top of page
  • nabalunews

PKPD 13 LOKALITI DI SABAH MULAI 20 JULAI HINGGA 2 OGOS



Gambar Hiasan

18 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 13 lokaliti di Sabah bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti PKPD itu melibatkan daerah Sipitang, Likas, Beaufort, Kalabakan, Matunggong dan Penampang. “Empat lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Long Kiangan, Kampung Ranau-Ranau, Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru. “PKPD juga dikuatkuasakan di empat lokaliti Mukim Likas iaitu Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, dua lokaliti akan dilaksanakan PKPD di Beaufort iaitu Kampung Muhibbah dan Kampung Bakalau. “Ladang Agathis Kalabakan, Kampung Dandulit Matunggong Kudat dan Kampung Nosoob Penampang juga akan dilaksanakan PKPD bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page