PKPD DI DUA LOKALITI DI DAERAH TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 9 MEIPKPD DI DUA LOKALITI DI DAERAH TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 9 MEI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD DI DUA LOKALITI DI DAERAH TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 9 MEI


Gambar hiasan

24 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD) di dua lokaliti di daerah Tawau iaitu Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan yang dijadualkan tamat pada 25 April (esok) dilanjutkan sehingga 9 Mei ini kerana masih terdapat peningkatan kes aktif Covid-19 di kedua-dua kawasan itu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 607 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 81 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti tersebut.


"KKM turut melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan bermula 26 April sehingga 9 Mei 2021.



bottom of page