PKPD di empat lokaliti bermula 20 Ogos iniPKPD di empat lokaliti bermula 20 Ogos ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di empat lokaliti bermula 20 Ogos ini



18 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti di beberapa daerah bermula 20 Ogos hingga 2 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah-daerah yang terlibat ialah Sipitang, Penampang, Keningau, dan Tawau iaitu masing-masing dengan satu lokaliti PKPD.


"Lokaliti yang terlibat ialah Kg Tanjong Pagar di Sipitang, Setinggan Kg Baru Luyang di Penampang, Kg Padang Tembak di Keningau, dan Kg Jawa di Tawau.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 106 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 29 lokaliti, diikuti Tawau (22 lokaliti), dan Tuaran (12 lokaliti).


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.


Tambahnya lagi, PKPD di Kunak, Kota Kinabalu dan Sipitang pula akan ditamatkan pada 19 Ogos seperti yang dijadualkan.


"Lokaliti tersebut ialah  Perumahan Ladang Mostyn  dan Kg Kasnuri di Kunak, Kg Tg Aru Lama dan University Apartment 1 di Kota Kinabalu, serta Kg Kuala Megalong di Sipitang," kata Masidi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page