PKPD di enam lokaliti di Tawau bermula 18 OgosPKPD di enam lokaliti di Tawau bermula 18 Ogos
top of page
  • nabalunews

PKPD di enam lokaliti di Tawau bermula 18 Ogos



16 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di enam lokaliti di Tawau bermula 18 Ogos hingga 31 Ogos ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga daripada lokaliti tersebut melibatkan kawasan perkampungan iaitu di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik  Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas  dan Kampung Hidayat, Batu 4.


Selebihnya ialah Taman Semarak Jaya,  Lorong Damai, Jalan Damai  dan Lorong Haji Marzuki, Jalan Damai.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 102 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 24 lokasi, diikuti Tawau (22 lokaliti), dan Tuaran (12 lokaliti).


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.


Sehubungan itu, PKPD di dua lokaliti di Beaufort akan ditamatkan pada 17 Ogos seperti yang dijadualkan.


"Lokaliti tersebut ialah Kampung Selagon dan Kampung Binsulok", kata Madius.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page