PKPD DI ENAM LOKALITI DI TAWAU DITAMATKAN ESOKPKPD DI ENAM LOKALITI DI TAWAU DITAMATKAN ESOK
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD DI ENAM LOKALITI DI TAWAU DITAMATKAN ESOK


Datuk Masidi Manjun

24 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di Tawau iaitu Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Jalan Mesra, Taman Golden Hill, dan Taman Sri Bukit ditamatkan pada 25 April (esok).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di lokaliti berkenaan, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.


"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan baki kes aktif di kesemua lokaliti tersebut menunjukkan trend penurunan.


"Manakala baki kes positif telah menerima rawatan serta kontak rapat di keenam-enam lokaliti tersebut telah diasingkan," katanya dalam kenyataan akbar di sini hari ini.



bottom of page