PKPD di Kampung Air, Beluran bermula 19 September ini

17 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Air, Beluran bermula 19 September hingga 2 Oktober ini.
Beliau berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.
"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ialah sebanyak 36 lokaliti iaitu melibatkan 13 daerah.
“Bilangan daerah dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi ialah di Ranau dengan lapan lokaliti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Manakala daerah lain merekodkan jumlah PKPD di bawah lima lokaliti dengan angka terendah di Lahad Datu, Telupid dan Tenom iaitu masing-masing dengan satu PKPD aktif.
Comments