PKPD di Kampung Bambangan mulai 27 September iniPKPD di Kampung Bambangan mulai 27 September ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD di Kampung Bambangan mulai 27 September ini



26 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Bambangan, Telupid bermula 27 September hingga 10 Oktober ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah sebanyak 18 lokaliti dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi di Kota Marudu dan Ranau masing-masing dengan tiga lokaliti.


"PKPD di Taman Semarak Megah, Tawau juga akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 26 September ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Manakala PKPD di dua lokaliti iaitu Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn Bhd, Segama, Lahad Datu dan Kampung Dumpiring Bawah, Ranau akan ditamatkan lebih awal dari yang dijadualkan, kata Masidi.


“PKPD di dua lokaliti berkenaan akan ditamatkan pada 26 September ini setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa”, katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page