PKPD DI KAMPUNG DAMBAI INANAM MULA ESOK (26 APRIL)
top of page
  • nabalunews

PKPD DI KAMPUNG DAMBAI INANAM MULA ESOK (26 APRIL)


25 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dambai Inanam bermula 26 April sehingga 9 Mei 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.

“KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Kampung Dambai Inanam. Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 74 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak enam kes positif Covid-19 telah direkodkan dalam tempoh satu minggu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini. Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Dambai Inanam bermula 26 April sehingga 9 Mei 2021.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page