- Wartawan Nabalu News
PKPD di Kampung Mokodou, Ranau bermula 4 Oktober ini
2 Okt 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Mokodou, Ranau bermula 4 Oktober hingga 17 Oktober ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.
"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini menurun kepada sembilan lokaliti dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi hanya dua lokaliti iaitu masing-masing di di Kota Marudu dan Ranau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, PKPD di Kampung Tamu Darat, Kota Belud akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 3 Oktober ini, kata Masidi.
“PKPD di dua lokaliti berkenaan akan ditamatkan setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa”, katanya
Comentarios