PKPD di PULAPOL KK bermula 6 September iniPKPD di PULAPOL KK bermula 6 September ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di PULAPOL KK bermula 6 September ini



4 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kota Kinabalu bermula 6 September hingga 19 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 93 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (22 lokaliti), Kota Kinabalu (12 lokaliti), dan Penampang (lapan lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau juga berkata tujuh lokaliti PKPD di Kota Kinabalu akan ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan.


"Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti-lokaliti tersebut pada 5 September iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan.


"PKPD di Kampung Padas, Kota Kinabalu akan ditamatkan lebih awal dari yang dijadualkan (6 September) manakala Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka,  Kampung Inanam Laut,  Kampung Bambangan, Inanam,  Kampung Kelingau,  Kampung Lapasan,  Taman Kuala Menggatal, pula akan ditamatkan lebih awal dari yang dijadualkan (7 September).


Menurut Masidi, sembilan lagi lokaliti lain pula akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 5 September ini.


"Antara lokaliti tersebut ialah Taman Semarak Indah, Taman Thien Vun,  Taman Victoria,  Taman King Fook,  Kampung Kurnia Batu 4 (kesemuanya di Tawau), Kampung Tanjung Kapor di Kudat,  Kampung Sulit Paitan dan  Kampung Matanggal Lama di Beluran serta PPR Taman Mesra di Sandakan," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page