PKPD DI TIGA LOKALITI KOTA MARUDU, TAWAU DAN KENINGAU MULAI 30 JUNPKPD DI TIGA LOKALITI KOTA MARUDU, TAWAU DAN KENINGAU MULAI 30 JUN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD DI TIGA LOKALITI KOTA MARUDU, TAWAU DAN KENINGAU MULAI 30 JUN



28 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti iaitu Kampung Linukaan Kota Marudu, Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung Tawau dan Kuarters Kilang Bata Kampung Durok Kampung Limbawan Sayur Keningau bermula 30 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes Covid-19 di Kampung Linukaan Kota Marudu di mana 11 kes positif telah direkodkan hasil dari 47 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 23.4 peratus.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Linukaan, Kota Marudu berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.


“Pelaksanaan PKPD ini bagi memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti kekal berada dalam kawasan PKPD dan memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes positif supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung Tawau pula, sehingga kini, KKM telah melakukan 46 ujian saringan dan sembilan daripadanya disahkan positif Covid-19.


“KKM mendapati trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.


“Pelaksanaan PKPD bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya.


Sementara itu bagi Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, sehingga kini KKM telah melakukan 236 ujian saringan dan 31 daripadanya disahkan positif Covid-19.


“KKM mendapati trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page