PKPD di tiga lokaliti melibatkan Ranau dan Keningau mulai 24 September iniPKPD di tiga lokaliti melibatkan Ranau dan Keningau mulai 24 September ini
top of page
  • nabalunews

PKPD di tiga lokaliti melibatkan Ranau dan Keningau mulai 24 September ini


Gambar fail

25 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lokaliti melibatkan daerah Ranau dan Keningau bermula 24 September hingga 7 Oktober ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau, serta Base Camp Bornion Timber Sdn. Bhd., Batu 46, Tulid, Sook di Keningau.


“PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah sebanyak 17 lokaliti dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi di Kota Marudu dan Tawau masing-masing dengan tiga lokaliti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah beliau, PKPD di Kampung Kopungit, Kota Kinabalu juga akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 25 September ini.

PKPD ditamatkan di lokaliti berkenaan setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, kata Masidi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page