PKPD dilaksanakan di 11 lokaliti beberapa daerah mulai 12 OgosPKPD dilaksanakan di 11 lokaliti beberapa daerah mulai 12 Ogos
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD dilaksanakan di 11 lokaliti beberapa daerah mulai 12 Ogos



10 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 11 lokaliti melibatkan sembilan daerah bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos ini.


Daerah tersebut ialah Kota Kinabalu dengan tiga lokaliti, Kota Belud, Papar, Putatan, Penampang, Ranau, Sipitang, Tawau dan Tenom masing-masing satu lokaliti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga lokaliti yang terlibat di Kota Kinabalu ialah Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol, Kampung Gudon, Menggatal dan Kampung Lobou.


"Lokaliti-lokaliti lain yang terlibat ialah di Kampung Menunggui Kota Belud, Kampung Tengah Kinarut, Kampung Petagas Putatan, Kampung Pogunon Penampang, Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru Ranau, Kampung Batu 1 di Sipitang, Kampung Batu-Batu Tenom, dan Kampung Bukit Kukusan Tawau.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 133 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 24 lokasi, diikuti Tawau (21 lokaliti), Penampang (18 lokaliti), dan Tuaran (12 lokaliti).


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page