PKPD dilaksanakan di lapan lokaliti bermula 16 Ogos ini.PKPD dilaksanakan di lapan lokaliti bermula 16 Ogos ini.
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD dilaksanakan di lapan lokaliti bermula 16 Ogos ini.


Gambar hiasan

14 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lapan lokaliti melibatkan enam daerah bermula 16 Ogos hingga 29 Ogos ini.


Daerah tersebut ialah Tawau dan Ranau masing-masing dengan dua lokaliti, Beluran, Penampang, Kota Belud dan Kudat masing-masing satu lokaliti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua lokaliti di Tawau ialah Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya.


Manakala dua lokaliti di Ranau pula melibatkan Kampung Paka Kawiyan  Kampung Matupang.


"Lokaliti-lokaliti lain yang terlibat ialah di Perumahan Ladang Excellent Challenger II di Beluran, Kampung Sembirai Lebak Engad di Kota Belud dan . Kampung Tuhau di Matunggong, Kudat.


"Di Penampang pula lokaliti yang terlibat ialah Pekan Donggongan iaitu membabitkan Blok G, H, K, L, di Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa 2.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 98 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 24 lokasi, diikuti Tawau (21 lokaliti), dan Tuaran (12 lokaliti).


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.


Dalam pada itu, PKPD yang dilaksanakan di Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu yang dijadualkan tamat pada 14 Ogos akan dilanjutkan lagi dari 15 Ogos hingga 28 Ogos.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page