PKPD dilaksanakan di lima lokaliti bermula 14 Ogos iniPKPD dilaksanakan di lima lokaliti bermula 14 Ogos ini
top of page
  • nabalunews

PKPD dilaksanakan di lima lokaliti bermula 14 Ogos ini



12 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lima lokaliti melibatkan empat daerah bermula 14 Ogos hingga 27 Ogos ini.


Daerah tersebut ialah Keningau dengan dua lokaliti, Kota Kinabalu, Sipitang, dan Kota masing-masing satu lokaliti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua lokaliti yang terlibat di Keningau ialah Kilang & Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn. Bhd., Batu 27 dan Perusahaan & Kuarters Pekerja Kosinar Sdn.Bhd., Batu 28.


"Lokaliti-lokaliti lain yang terlibat ialah di Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Kampung Pengiran, Sipitang, dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 108 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 24 lokasi, diikuti Tawau (21 lokaliti), dan Tuaran (12 lokaliti).


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.


Sehubungan itu, PKPD dilanjutkan di satu lokaliti mulai 14 Ogos hingga 27 Ogos di Kampung Gambaron 2, Telupid,


Manakala PKPD di tujuh lokaliti akan ditamatkan pada 13 Ogos seperti yang dijadualkan.


"Lokaliti tersebut ialah Perumahan Sabah Forest Industry (SFI) dan Kampung Marintaman di Sipitang, Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou di Ranau, Kampung Bayangan & Kampung Purakagis di Keningau, Kampung Tembidong-Bidong diTelupid, dan Kampung Airport Lama di Tawau", kata Madius.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page