PKPD KAMPUNG SIMPANGAN TUARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUNPKPD KAMPUNG SIMPANGAN TUARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD KAMPUNG SIMPANGAN TUARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN


Gambar Hiasan

15 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Simpangan Tuaran sehingga 30 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk serta kes baharu juga telah direkodkan di lokaliti ini.


"Sehingga kini, KKM telah melakukan 438 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif Covid-19.


"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Simpangan, Tuaran bermula 17 Jun sehingga 30 Jun ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Simpangan, Tuaran yang dijadualkan tamat pada 16 Jun ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page