top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD KAMPUNG TAMALANG DAN KAMPUNG TUGUSON KOTA BELUD MULAI 8 JUN INI



6 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dua perkampungan di Kota Belud iaitu Kampung Tamalang dan Kampung Tuguson berkuatkuasa 8 Jun hingga 21 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi Covid-19 di dua perkampungan di Kota Belud dan sehingga 05 Jun, sebanyak 12 kes positif telah direkodkan hasil daripada keseluruhan 24 ujian saringan dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 50 peratus.


“KKM juga mendapati kes telah menular dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan PKPD di dua perkampungan berkenaan berkuat kuasa 08 Jun sehingga 21 Jun ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pelaksanaan PKPD memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes bagi tujuan pengasingan serta melaksanakan saringan kontak rapat.


Kommentare


bottom of page