PKPD KAMPUNG TUUNON, PENAMPANG MULAI 28 JUNPKPD KAMPUNG TUUNON, PENAMPANG MULAI 28 JUN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD KAMPUNG TUUNON, PENAMPANG MULAI 28 JUN



26 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tuunon Penampang berkuatkuasa 28 Jun hingga 11 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, KKM mendapati berlaku peningkatan yang ketara apabila sebanyak lapan kes telah direkodkan selepas 10 orang penduduk menjalani ujian saringan di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Tuunon, Penampang berkuat kuasa 28 Jun sehingga 11 Julai ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.


“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page