top of page

PKPD KG.SABAH BARU LAHAD DATU MULA 10 NOV HINGGA 23 NOV

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 9, 2020
  • 1 min read

9 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kg.Sabah Baru Lahad Datu akan dikuatkuasakan bermula 10 November hingga 23 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kampung itu melibatkan 701 buah rumah dan seramai 3,917 orang penduduk.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan bersasar sekaligus menyekat penularan Covid-19 kepada komuniti setempat.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berkenaan situasi semasa Covid-19 di Kg. Sabah Baru, Lahad Datu.

“Sehingga 8 November, KKM telah melaksanakan sebanyak 441 saringan dan 102 kes positif Covid-19 telah direkodkan," katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.

Sehubungan itu Ismail Sabri berkata, atas nasihat serta penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di Kg. Sabah Baru, Lahad Datu berkuatkuasa 10 November sehingga 23 November.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini, bagaimanapun kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang.

“Pasar juga dibenarkan beroperasi selama dua kali seminggu bermula 6.00 pagi sehingga 2.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, seorang wakil daripada setiap keluarga dibenarkan untuk keluar daripada kawasan PKPD untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM/Bank.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page