PKPD KG.TANAH MERAH KOTA MARUDU BERMULA ESOK PKPD KG.TANAH MERAH KOTA MARUDU BERMULA ESOK
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD KG.TANAH MERAH KOTA MARUDU BERMULA ESOK


Datuk Masidi Manjun

22 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah Kota Marudu dikuatkuasakan bermula 23 Feb (esok) sehingga 8 Mac ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pengisytiharan PKPD itu adalah susulan daripada peningkatan mendadak kes Covid-19 di lokaliti berkenaan yang mencatatkan 57 kes positif hasil daripada 226 ujian saringan.


"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas hampir 545 orang penduduk yang tinggal di lokaliti berkenaan.


"PKPD ini juga bagi memudahkan kawalan jangkitan Covid-19 dalam komuniti," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page