top of page

PKSKKB Anjur Jualan Amal dan Perkhidmatan Sempena Pesta Kaamatan Kota Belud 2026

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


18 Mei 2026


KOTA BELUD: Persatuan Kebajikan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB) berjaya menganjurkan Program Jualan Amal dan Perkhidmatan sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah KDCA Kota Belud 2026.


Program selama tiga hari itu berlangsung dari 15 hingga 17 Mei 2026 di Dewan Square Tamu Taginambur dan bertujuan mengumpul dana persatuan bagi menyokong aktiviti kebajikan serta membantu golongan memerlukan di daerah ini.


PKSKKB merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Dukilin Salapi selaku Pengerusi Jualan Amal dan Perkhidmatan serta Catny sebagai Bendahari.

Turut memainkan peranan penting ialah Pengerusi PKSKKB, Baini @ Maini Binti Lakin; Bendahari, Caroline Daruan; dan Setiausaha, Kartini Soumin, bersama ahli jawatankuasa dan sukarelawan.


Walaupun cuaca tidak menentu dan beberapa gerai dipenuhi air selepas hujan, semangat kerjasama dan keikhlasan ahli persatuan tetap utuh dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung. Penghargaan khusus diberikan kepada Salbiah Ampau dan Joy Burno yang mengendalikan jualan makanan, serta sukarelawan lain termasuk Angela Sopikit, Loren Soriou, N. Florist, Carolyne Sipin, Ruzati, Lisah Salapi dan Jasintah.


Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Melon Yaming atas bantuan mendapatkan ruang gerai bagi persatuan.

PKSKKB menghargai sokongan artis tempatan seperti S. Welly, Sitipah Jahimin, Georga Lian dan Raimon Rajak yang memeriahkan gerai persatuan.


Penghargaan istimewa turut diberikan kepada Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, atas sokongan berterusan beliau terhadap aktiviti kebajikan persatuan.


Terima kasih juga kepada Charles Dalansing, Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA dan Timbalan Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Kota Belud, serta Pengarah Urusan KKIP Utilities atas kerjasama sepanjang program berlangsung.


PKSKKB berharap sokongan masyarakat akan terus diberikan bagi membantu golongan memerlukan serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kebajikan di daerah Kota Belud.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page