top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM Anwar jamin subsidi bersasar tidak akan menekan rakyat


10 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa dasar subsidi bersasar yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menekan rakyat, malah dilihat sangat mendesak berdasarkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan.


Beliau berkata, subsidi kini sudah mencecah RM81 bilion dan hanya diberikan kepada golongan yang layak, termasuk Tabung Haji dan pengguna elektrik yang berpendapatan rendah.


Anwar turt menafikan dakwaan bahawa kadar elektrik akan dikenakan kepada rakyat biasa, dan menyatakan bahawa keputusan jemaah menteri adalah jelas dan hanya untuk golongan berpendapatan tinggi.


“Dalam perkiraan dan pertimbangan kerajaan, termasuk jemaah menteri, sementara subsidi bersasar itu dilihat sangat mendesak kerana subsidi kini sudah RM81 billion, dasar kita tidak akan menekan.


“Sepertimana contoh terbaik, Tabung Haji. Dan kadar (tarif) elektrik yang tidak akan dikenakan. Meskipun ada kekeliruan yang dibangkitkan, seolah-olah kadar elektrik itu akan dikenakan kepada rakyat biasa. “Tidak benar sama sekali. Kalau ada, mungkin ada sedikit pelanggaran daripada peraturan ditetapkan. Saya tidak fikir mungkin, kerana keputusan dari Jemaah Menteri itu jelas. Hanya untuk golongan berpendapatan tinggi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang membangkitkan isu tersebut ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.


Dalam pada itu, Anawar juga menyentuh isu kadar dasar semalaman (OPR) dan menyatakan bahawa ia tidak hanya bergantung kepada peningkatan faedah di Amerika Syarikat, tetapi juga kepada faktor-faktor lain seperti inflasi rendah dan kesan kepada rakyat.


“Dalam beberapa kali mesyuarat, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan OPR, memikirkan soal inflasi rendah dan kesan kepada rakyat.


“Saya fikir dasar itu akan dikekalkan, melainkan kalau keadaan sangat mendesak. Kalau ikut perundangan, dari dulu memang bidang kuasa dan wawenang BNM,” ujarnya.

Opmerkingen


bottom of page