PM Anwar merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim
- Wartawan Nabalu News
- Jul 20, 2024
- 1 min read

20 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan yang berlangsung di Istana Negara hari ini. "Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.
"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan," katanya menerusi hantaran di akaun X beliau.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara hari ini, dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di Malaysia dan pemimpin utama negara.















Comments