top of page

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

  • nabalunews
  • Sep 24, 2024
  • 1 min read

23 September 2023


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.


“Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat,” kata Anwar dalam catatan Facebook.


Dissanayake pemimpin People’s Liberation Front (JVP) dan perikatan National People’s Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo pagi ini, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu.


Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, menandakan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page