top of page

PM gesa KKM percepat isi 4,000 jawatan doktor tetap

  • nabalunews
  • Jul 25, 2025
  • 1 min read

25 Julai 2025


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mempermudahkan proses birokrasi bagi mempercepatkan pengisian lebih 4,000 perjawatan doktor tetap kerajaan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu disuarakan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini.


"Perdana Menteri membangkitkan isu pengisian 4,000 perjawatan doktor yang belum lagi diisi dan ini disampaikan hari ini kepada anggota Jemaah Menteri khususnya Menteri Kesihatan.


"Beliau meminta supaya proses birokrasi yang mungkin dilihat sebagai melewatkan ini dipercepat," katanya pada sidang media mingguan, hari ini.


Ini kerana katanya, KKM pada mulanya menjangkakan semua jawatan terbabit dapat diisi menjelang November ini.


“Perdana Menteri bagaimanapun berpandangan tempoh terbabit terlalu lewat dan mahu supaya proses pengisian jawatan itu dipercepatkan.


"Ini memandangkan ada keperluan yang mendesak untuk mengisi 4,000 kekosongan, bukan satu jumlah yang kecil, maka perlu dipercepat,” katanya.


Fahmi berkata, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga telah memberi komitmen akan mempercepat dan meringkaskan proses tersebut tanpa menjejaskan aspek prosedur.


Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan akan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak pada tahun ini berikutan keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan dalam negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page