PM harus bertindak berhubung isu Azam Bakri: Gobind Singh PM harus bertindak berhubung isu Azam Bakri: Gobind Singh
top of page
  • Farid Johan

PM harus bertindak berhubung isu Azam Bakri: Gobind Singh



4 Jan 2022

Oleh Farid Johan


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak harus berdiam diri dalam isu membabitkan dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Ahli Parlimen pembangkang itu berkata, Perdana Menteri harus bertindak dan menunjukkan bahawa integriti dan akauntabiliti adalah aspek penting dalam SPRM.


“Perdana Menteri tidak boleh berdiam diri dalam perkara sepenting ini. SPRM berada di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas SPRM.


“Berdiam diri adalah tindakan yang menggambarkan kelemahan pihak beliau dalam menangani masalah ini.


“Akta SPRM 2009 adalah jelas. Ia bertujuan untuk menggalakkan integriti dan akauntabiliti pentadbiran sektor awam dan swasta,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini, pada Isnin.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa membangkitkan isu tersebut sebelum Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Profesor Edmund Terence Gomez, meletakkan jawatan pada Selasa lalu.


Gomez meletak jawatan selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.


Dalam surat peletakan jawatan Gomes kepada Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang tular di media sosial berkata, keputusan itu dibuat kerana timbul persoalan mengenai ‘hubungan antara perniagaan dan pihak berkuasa’ dan situasi konflik kepentingan membabitkan pegawai tinggi SPRM.


Mengulas lanjut, Gobind berkata, Perdana Menteri harus bertindak dan menunjukkan bahawa integriti dan akauntabiliti adalah juga aspek penting dalam SPRM.


“Seksyen 2 Akta SPRM 2009 menyatakan dengan jelas bahawa matlamat utama akta tersebut adalah untuk menggalakkan integriti dan akauntabiliti pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab iaitu suruhanjaya.


“Seksyen 5 selepas itu memperuntukkan bahawa pelantikan Ketua Pesuruhjaya yang akan bertanggungjawab ke atas arahan, kawalan dan pengawasan semua perkara yang berkaitan dengan suruhanjaya itu,” katanya.

Tags:

bottom of page