nabalunews
PM tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus
11 Ogos 2024
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Insya-Allah saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Turut dipaparkan gambar Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sedang meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.
Perdana Menteri memaklumkan Ahmad Farhan melakukan tinjauan itu semasa beliau mewakilinya pada sesi Ziarah Kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini.
Pada sesi tinjauan itu, Ahmad Farhan juga beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit.
Comments