PM umum RM108.15 juta bantuan banjir untuk SabahPM umum RM108.15 juta bantuan banjir untuk Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM umum RM108.15 juta bantuan banjir untuk Sabah



8 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan sebanyak RM108.15 juta kepada Sabah bagi membantu negeri ini yang terjejas banjir baru-baru ini.


Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM90.86 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak akibat banjir termasuk jalan raya dan jambatan yang menghubungkan penduduk.


"Sekarang ini, kita baru dapat senarai ini (kerosakan infrastruktur awam) dan senarai ini akan disemak oleh Jabatan Kerja Raya serta pihak berkaitan. Arahan saya ialah perlu disegerakan semua bukan sahaja pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) tetapi infrastruktur juga perlu disegerakan.


"Mereka yang terlibat dengan banjir mengalami kesusahan dan kita tidak mahu menambah kesusahan mereka apabila infrastruktur di kawasan masing-masing juga terjejas dan rosak.


“Ini boleh mengganggu mungkin dari segi aktiviti ekonomi mereka, jadi kalau boleh kita segerakan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan BWI dan bakul makanan kepada 206 keluarga mangsa banjir Kota Marudu, pada Sabtu.


Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.19 juta diperuntuk bagi pemberian BWI sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir, bantuan barangan keperluan asas (RM3.67 juta) dan bantuan pembaikan kecil rumah RM5,000 (RM2.74 juta).


“Ini meliputi baik pulih rumah maksimum RM14,999 (RM7.81 juta), bina baharu rumah maksimum RM56,000 (RM1.17 juta), baucar diskaun pembelian alat elektrik dan rebat elektrik (RM643,400) dan baucar diskaun pembaikan kenderaan (RM31,000),” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page