top of page

Polis giat kesan wanita disyaki keluarkan ucapan berbaur hasutan

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

ree

2 September 2025


TAWAU: Polis sudah mengenalpasti seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan semasa Himpunan Solidarity Justice For Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin bagaimanapun, berkata belum ada tangkapan dibuat setakat ini kerana pihaknya sedang giat mengesan suspek yang sudah dikenalpasti itu bersama beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.


"Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa,"katanya hari ini.


Wanita tersebut dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman, dan video rakaman ucapan tular di media sosial.


Jasmin berkata, setakat ini pihaknya menerima tiga laporan polis daripada orang awam berhubung himpunan berkenaan.


Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page